Monday, 13 August 2012

PENGENALAN

Perkakasan Komputer (Input & Output)


1.     Pengenalan kepada sebuah sistem komputer
a.     Sebuah sistem komputer secara asasnya terdiri dari penerima input dan pemberi output.
b.     Secara ringkas dan mudah difahami:
                          i.      Apa yang kita taip dan masukkan ke dalam komputer dikenali sebagai INPUT.
·        Contoh: Kertas kerja yang kita taip, gambar yang kita imbas


 


                          ii.      Apa yang dipaparkan kepada kita dari komputer dikenali sebagai output.
      Contoh: Kertas yang kita cetak keluar dari pencetak, gambar yang               ditunjukkan di atas skrin komputer, bunyi yang dikeluarkan


 






    















 

 









PERANTI OUTPUT


Peranti output: memaparkan maklumat yang telah diproses oleh komputer untuk dilihat atau digunakan oleh pengguna. Contoh peranti output yang biasa adalah:

                         i.        Monitor
·     Memaparkan maklumat yang kelihatan di atas skrin
·    Maklumat yang biasa dipaparkan di atas skrin adalah: gambar,   permainan komputer, tayangan filem

Monitor

                          ii.      Projektor LCD
·    Fungsi yang sama seperti monitor tetapi lebih digunakan untuk ditayangkan   disebuah bilik atau kawasan yang luas.


Projektor

                          iii.      Pencetak
·         Mengeluarkan maklumat dalam bentuk salinan kertas.
·         Juga dikenali sebagai pengeluar hard copy.
·         Salinan dalam disket dikenali sebagai soft copy.


Printer

               iv.      Speaker Audio  
                          ·         Mengeluarkan maklumat dalam bentuk bunyi/audio  
                          ·         Contohnya bunyi muzik, untuk menarik perhatian pengguna.

Speaker


  

Sunday, 12 August 2012

PERANTI INPUT

 Pengenalan

 
Peranti input dan output adalah peralatan atau perkakasan yang digunakan di dalam sebuah sistem komputer . Berikut diterangkan dengan lebih teliti lagi tentang perkakasan tersebut.
>>>     Peranti input: menerima kemasukan maklumat dari pengguna komputer dan menghantar maklumat tersebut ke dalam komputer untuk diproses.




Senarai Peranti Input
  • Kamera Elektronik - mengambil imej dalam bentuk elektronik untuk dilihat di skrin TV atau komputer.  Ada 2 jenis kamera elektronik iaitu kamera still-video (mengambil satu imej video pada satu masa) dan kamera digital menggunakan cahaya-sesetif cip silikon untuk mengambil imej fotografik dalam bentuk digital. 
  • Tetikus - Mouse menerima input pengguna berasaskan sentuhan pada dua butang yang terdapat di atasnya. Butang tersebut biasanya digunakan untuk interaksi pengguna di atas skrin seperti mengklik butang tindakan, tutup/buka program dan yang seumpamanya.
  • Papan Kekunci - Mempunyai struktur yang hampir sama seperti apa yang terdapat pada mesin taip. Digunakan untuk memasukkan teks ke dalam komputer. Menaip surat, karangan, kertas kerja 
  • Sensor - peranti mengumpul data terus daripada alam sekitar dan menghantarnya kepada komputer.
  • Kayu ria - sebuah peranti dengan kayu yang boleh dipusing dari beberapa butang untuk mengawal pergerakan kursor.  Ini berguna untuk permainan video seperti menembak musuh, menembak roket dan sebagainya. 
  • Skrin sentuh - fungsinya adalah sama dengan pen cahaya kecuali anda tidak memerlukan pen tersebut.  Jari anda tidak memerlukan pen tersebut.  Jari anda digunakan untuk menyentuh skrin dan komputer akan bertindak balas.  Mikrokomputer HP-150 mempunyai kemudahan ini.
  • Tablet grafik - tablet grafik merupakan satu permukaan seluas 12 inci persegi.  Pengguna boleh melakar dan memadam data grafik dengan menekan sebatang pen elektronik diatas permukaan tersebut.
  • Pengecam suara - suatu peranti yang memahami suara anda dan kemudiannya menggerakkan komputer.  Pada masa kini, kosnya adalah tinggi dan ianya hanya dapat memahami beberapa perkataan sahaja.
  • Pen cahaya - selalunya dihubungkan kepada CRT/Monitor.  Ia membolehkan anda memasukkan data dan memilih menu yang dipaparkan pada skrin tanpa menekan kunci pada papan kekunci.
  • Peranti Input Human Biology - perlukan pergerakan manusia yang diterjemahkan oleh sensor, peranti optik, pengenalan suara dan lain-lain teknologi yang boleh menjadi input.  Contohnya sistem biometrik, sistem line of sight, cyber gloves dan body suit serta peranti brainwaves.

TENTANG AKU


saya mohamad safiuddin bin saary, dulu saya bersekolah di smk kota bharu. kini saya berumur 18 tahun.saya tinggal di Pandang Tembak, Pengkalan Chepa. hobi saya bermain tenis.

Saturday, 11 August 2012

JENIS- JENIS KOMPUTER

Komputer telah berkembang ke pelbagai sektor dalam kehidupan kita, tidak sahaja digunakan oleh orang kantoran, ahli akademik, mahasiswa, anak-anak pun sudah terbiasa dengan komputer ini. Secara mudah, komputer dapat kita definisikan sebagai peranti elektronik yang menerima input (dapat berupa input dari keyboard, mouse, cap jari, retina mata, dan lain-lain) kemudian di proses oleh prosesornya dan dipaparkan melalui monitor atau dalam bentuk hardcopy (printer). Banyak sekali pembahagian atau kriteria yang melekat pada komputer, berikut ini kita bahas 8 macam jenis komputer.


1. PC atau Personal Computer
Sesuai dengan namanya personal komputer, maka PC adalah komputer yang ditujukan untuk pemakaian satu orang atau dimiliki secara peribadi. Sebelum PC ini muncul, komputer dahulunya wujud sangat besar, sehingga hanya dimiliki oleh syarikat tertentu sahaja. PC pertama bernama Altair yang diproduki oleh MITS pada tahun 1975.
Altair PC

2. Komputer Desktop
Komputer Desktop
Iaitu komputer yang direka untuk tidak dapat dipindahkan-pindahkan, atau khusus direka untuk diletakkan di suatu tempat seperti di atas meja kerja. Komputer jenis ini sangat banyak beredar dipasaran, terutama dikalangan perguruan tinggi, pejabat dan syarikat.




Laptop
3. Laptop
Dahulu istilah laptop berbeza dengan Notebook ditinjau dari segi saiz, namun sekarang laptop atau notebook merujuk kepada maksud yang sama, iaitu komputer portable (mudah dibawa-bawa) yang terintegrasi langsung dengan monitor, keyboard, mouse pad / trackbal, processor, harrdisk, memory dan peripheral lain dengan ukuran yang kecil dan ringan. Kemampunya bahkan melebihi komputer dekstop mahupun PC ..

4. PDA, Personal Digital Assistants
PDA adalah komputer canggih yang menggunakan flash memory sebagai pengganti media simpanan. PDA tidak mempunyai keyboard, namun menggunakan teknologi skrin sentuh (touchscreen) sebagai media input. PDA mempunyai ukuran yang sangat kecil, sedikit diatas saiz handphone dan boleh dengan mudah dibawa kemana-mana.
PDA



5. Komputer Workstation
Workstation sebenarnya adalah komputer desktop yang mempunyai kelebihan utama dalam hal kemampuan prosesor, memory yang besar, dan kemampuannya dalam menjalankan aplikasi-aplikasi yang memerlukan prestasi tinggi, seperti aplikasi 3 dimensi, grafik, multimedia dan lain-lain.
Komputer Workstation

Komputer Server
6. Komputer Server
Server adalah komputer diperuntukan untuk menyediakan perkhidmatan terhadap komputer lain (client) dalam sebuah rangkaian. Komputer server mempunyai prosesor yang powerfull, memory yang besar dan kapasiti harddisk yang lebih besar.












7. Komputer Mainframe
Komputer Mainframe
Adalah komputer dengan ukuran besar yang mampu melayani ratusan program aplikasi secara bersamaan, menyokong puluhan bahasa pengaturcaraan yang berbeza, mampu menyimpan dan mengakses library rutin dengan kapasiti yang besar, mampu melayani ratusan transaksi secara bersamaan, bahkan lebih dan kelebihan lainnya. Komputer ini biasanya berfungsi sebagai pusat data pada syarikat besar. Namun dengan perkembangan zaman, komputer-komputer terbaru saat ini secara berperingkat akan mampu menyaingi kelebihan dari komputer mainframe ini. Untuk ukuran yang sedang disebut dengan mini komputer dan saiz lebih kecil disebut dengan mikro komputer.

8. Wearable Computer
Wearable Computer adalah perkembangan terbaru dalam bidang komputer, iaitu peranti komputer menyatu seperti layaknya pakaian saja. Aplikasi-aplikasi yang biasa digunakan seperti email, database, multimedia, kalendar bersepadu langsung dengan jam tangan, handphone atau dalam bentuk lain. Sehingga kini komputer sudah menyatu dalam kehidupan kita sehari-hari.

Wearable Computer