Sunday, 12 August 2012

PERANTI INPUT

 Pengenalan

 
Peranti input dan output adalah peralatan atau perkakasan yang digunakan di dalam sebuah sistem komputer . Berikut diterangkan dengan lebih teliti lagi tentang perkakasan tersebut.
>>>     Peranti input: menerima kemasukan maklumat dari pengguna komputer dan menghantar maklumat tersebut ke dalam komputer untuk diproses.




Senarai Peranti Input
  • Kamera Elektronik - mengambil imej dalam bentuk elektronik untuk dilihat di skrin TV atau komputer.  Ada 2 jenis kamera elektronik iaitu kamera still-video (mengambil satu imej video pada satu masa) dan kamera digital menggunakan cahaya-sesetif cip silikon untuk mengambil imej fotografik dalam bentuk digital. 
  • Tetikus - Mouse menerima input pengguna berasaskan sentuhan pada dua butang yang terdapat di atasnya. Butang tersebut biasanya digunakan untuk interaksi pengguna di atas skrin seperti mengklik butang tindakan, tutup/buka program dan yang seumpamanya.
  • Papan Kekunci - Mempunyai struktur yang hampir sama seperti apa yang terdapat pada mesin taip. Digunakan untuk memasukkan teks ke dalam komputer. Menaip surat, karangan, kertas kerja 
  • Sensor - peranti mengumpul data terus daripada alam sekitar dan menghantarnya kepada komputer.
  • Kayu ria - sebuah peranti dengan kayu yang boleh dipusing dari beberapa butang untuk mengawal pergerakan kursor.  Ini berguna untuk permainan video seperti menembak musuh, menembak roket dan sebagainya. 
  • Skrin sentuh - fungsinya adalah sama dengan pen cahaya kecuali anda tidak memerlukan pen tersebut.  Jari anda tidak memerlukan pen tersebut.  Jari anda digunakan untuk menyentuh skrin dan komputer akan bertindak balas.  Mikrokomputer HP-150 mempunyai kemudahan ini.
  • Tablet grafik - tablet grafik merupakan satu permukaan seluas 12 inci persegi.  Pengguna boleh melakar dan memadam data grafik dengan menekan sebatang pen elektronik diatas permukaan tersebut.
  • Pengecam suara - suatu peranti yang memahami suara anda dan kemudiannya menggerakkan komputer.  Pada masa kini, kosnya adalah tinggi dan ianya hanya dapat memahami beberapa perkataan sahaja.
  • Pen cahaya - selalunya dihubungkan kepada CRT/Monitor.  Ia membolehkan anda memasukkan data dan memilih menu yang dipaparkan pada skrin tanpa menekan kunci pada papan kekunci.
  • Peranti Input Human Biology - perlukan pergerakan manusia yang diterjemahkan oleh sensor, peranti optik, pengenalan suara dan lain-lain teknologi yang boleh menjadi input.  Contohnya sistem biometrik, sistem line of sight, cyber gloves dan body suit serta peranti brainwaves.

No comments:

Post a Comment