Saturday, 11 August 2012

JENIS- JENIS KOMPUTER

Komputer telah berkembang ke pelbagai sektor dalam kehidupan kita, tidak sahaja digunakan oleh orang kantoran, ahli akademik, mahasiswa, anak-anak pun sudah terbiasa dengan komputer ini. Secara mudah, komputer dapat kita definisikan sebagai peranti elektronik yang menerima input (dapat berupa input dari keyboard, mouse, cap jari, retina mata, dan lain-lain) kemudian di proses oleh prosesornya dan dipaparkan melalui monitor atau dalam bentuk hardcopy (printer). Banyak sekali pembahagian atau kriteria yang melekat pada komputer, berikut ini kita bahas 8 macam jenis komputer.


1. PC atau Personal Computer
Sesuai dengan namanya personal komputer, maka PC adalah komputer yang ditujukan untuk pemakaian satu orang atau dimiliki secara peribadi. Sebelum PC ini muncul, komputer dahulunya wujud sangat besar, sehingga hanya dimiliki oleh syarikat tertentu sahaja. PC pertama bernama Altair yang diproduki oleh MITS pada tahun 1975.
Altair PC

2. Komputer Desktop
Komputer Desktop
Iaitu komputer yang direka untuk tidak dapat dipindahkan-pindahkan, atau khusus direka untuk diletakkan di suatu tempat seperti di atas meja kerja. Komputer jenis ini sangat banyak beredar dipasaran, terutama dikalangan perguruan tinggi, pejabat dan syarikat.




Laptop
3. Laptop
Dahulu istilah laptop berbeza dengan Notebook ditinjau dari segi saiz, namun sekarang laptop atau notebook merujuk kepada maksud yang sama, iaitu komputer portable (mudah dibawa-bawa) yang terintegrasi langsung dengan monitor, keyboard, mouse pad / trackbal, processor, harrdisk, memory dan peripheral lain dengan ukuran yang kecil dan ringan. Kemampunya bahkan melebihi komputer dekstop mahupun PC ..

4. PDA, Personal Digital Assistants
PDA adalah komputer canggih yang menggunakan flash memory sebagai pengganti media simpanan. PDA tidak mempunyai keyboard, namun menggunakan teknologi skrin sentuh (touchscreen) sebagai media input. PDA mempunyai ukuran yang sangat kecil, sedikit diatas saiz handphone dan boleh dengan mudah dibawa kemana-mana.
PDA



5. Komputer Workstation
Workstation sebenarnya adalah komputer desktop yang mempunyai kelebihan utama dalam hal kemampuan prosesor, memory yang besar, dan kemampuannya dalam menjalankan aplikasi-aplikasi yang memerlukan prestasi tinggi, seperti aplikasi 3 dimensi, grafik, multimedia dan lain-lain.
Komputer Workstation

Komputer Server
6. Komputer Server
Server adalah komputer diperuntukan untuk menyediakan perkhidmatan terhadap komputer lain (client) dalam sebuah rangkaian. Komputer server mempunyai prosesor yang powerfull, memory yang besar dan kapasiti harddisk yang lebih besar.












7. Komputer Mainframe
Komputer Mainframe
Adalah komputer dengan ukuran besar yang mampu melayani ratusan program aplikasi secara bersamaan, menyokong puluhan bahasa pengaturcaraan yang berbeza, mampu menyimpan dan mengakses library rutin dengan kapasiti yang besar, mampu melayani ratusan transaksi secara bersamaan, bahkan lebih dan kelebihan lainnya. Komputer ini biasanya berfungsi sebagai pusat data pada syarikat besar. Namun dengan perkembangan zaman, komputer-komputer terbaru saat ini secara berperingkat akan mampu menyaingi kelebihan dari komputer mainframe ini. Untuk ukuran yang sedang disebut dengan mini komputer dan saiz lebih kecil disebut dengan mikro komputer.

8. Wearable Computer
Wearable Computer adalah perkembangan terbaru dalam bidang komputer, iaitu peranti komputer menyatu seperti layaknya pakaian saja. Aplikasi-aplikasi yang biasa digunakan seperti email, database, multimedia, kalendar bersepadu langsung dengan jam tangan, handphone atau dalam bentuk lain. Sehingga kini komputer sudah menyatu dalam kehidupan kita sehari-hari.

Wearable Computer

No comments:

Post a Comment